Friday 12 September 2014

Pertumbuhan Bayi Dalam Kandungan.

Artikel aku pada hari ini, nak terangkan bagaimana perkembangan bayi dalam kandungan dari usia 1 minggu ke 40 minggu.
      Aku dapat tahu aku mengandung bila aku lewat datang haid beberapa hari dari tarikh sebulan sebelum itu. Tapi sebelum itu, aku mengalami demam berulang. Demam yang siap berpakej lagi dengan selsema, panas dalam, batuk, sakit tekak, hilang suara lagi. Keluar habis suara jantan tak memasal. Aku demam berulang selama sebulan. Badan letih sangat masa tu, kerja kau nak tidur aja. Encik suami sudah perasan, aku aja sibuk menafikan. Iyalah, tak akan dalam sakit-sakit itu, kau boleh sangkut juga tapi kuasa Allah S.W.T, kalau Dia kata Qun fayaqun....
      Dekat sini nak cerita sikit mengenai perkembangan bayi aku yang dah masuk usia 20 minggu, iaitu 5 bulan. Huh, nak capai sehingga 5 bulan ini hanya Allah S.W.T saja yang tau, kena menghadapi alahan yang sangat teruk bagi aku yang pertama kali mengandung ni. Dugaannya, kalau ingat balik boleh menangis guling-guling. Sebab aku menghadapi alahan yang agak teruk!
     Hampir 2 bulan aku tak boleh menjamah nasi langsung. Kalau makan, confirm muntah balik. Makan pun kena memilih, bayangkan manusia yang macam kita ni, tak dapat makan nasi sehari pun dah mengigil. kalau sehari, dua boleh tahan lagi tapi kalau sudah berhari-hari, mau tak kembung perut kau! Hahaha...
       Jadi aku dok bantai roti sajalah hari-hari. Itu pun muntah juga, ditambah lagi pening kepala, bila angin sudah naik ke kepala. Sudahlah aku mengidap penyakit migraine yang tegar! Setiap kali makanan masuk, mesti muntah semula. Itu tak masuk lagi kalau bau jiran memasak yang masuk dalam rumah. Habis segala pintu bilik, lubang aku sumbat dengan kain. Tak tahan bau punya pasal.
       Bila kandungan aku dah masuk 5 bulan ini pun, aku still kalah dengan bau tumis, bau sup pun aku tak boleh lagi. cuba imagine?? tapi yang pasti aku dah boleh makan nasi dengan banyaknya sekarang ini. Alhamdulillah..
      
Jadi aku nak sertakan usia kandungan bayi setiap minggu dalam kandungan...

MINGGU PERTAMA

Hari Pertama : Persenyawaan berlaku
Hari ke-3 : Terbentuknya bebola di salur rahim yang dinamakan morula. Dari morula akan bertukar blastosista dimana terbentuknya ruang di dalam morula.
Hari ke-5 hingga ke-6 : Blastosista bergerak ke dinding rahim.

MINGGU KEDUA DAN KETIGA.

Hari ke-7 hingga ke-21 : Embrio terbentuk dan melekat di dinding rahim.
Hari ke 21 : Wanita menyedari dirinya tidak mengalami haid. Kehadiran hormon gonadotropin dalam air kencing.
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

MINGGU KE 4

Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

MINGGU KE 5

Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh:
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada, hamil ataupun sebaliknya.


MINGGU KE 6

Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh:
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.


MINGGU KE 7

Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

MINGGU KE 8

Embrio sudah mempunyai sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas tetapi tidak boleh berfungsi.

Tubuh:
Mungkin berasa pening atau pun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, berada dalam keadaan sesak dan turut mudah berasa letih. Jadi pastikan mendapat rehat secukupnya.

MINGGU KE 9

Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh:
Berat mula bertambah. Digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

MINGGU KE 10

Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5g.

Tubuh:
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda sebesar buah oren. Ada perubahan fizikal seperti saiz badan.

MINGGU KE 11

Majoriti organ kandungan sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

MINGGU KE 12

Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Organ utama tubuh sudah terbentuk. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm. Perut janin mula aktif. Ginjal mula berfungsi. Uri kian membesar.

Tubuh:
Berat badan akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya.

MINGGU KE 13

Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh:
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan kita menyedari bahawa perasan perut kian “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

MINGGU KE 14

Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

MINGGU KE 15

Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

MINGGU KE 16

Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Uri sudah lengkap terbentuk. Uri dihubungkan melalui tali pusat. Tali pusat membawa makanan daripada ibu dan membawa sisa janin kepada ibu untuk dikumuhkan. Bayi kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh:
Selera makan juga semakin bertambah. Dan mungkin juga dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan.

MINGGU KE 17

Anggota badan bayi dalam kandungan kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

MINGGU KE 18

Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Bayi kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

MINGGU KE 19

Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

MINGGU KE 20

Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm. Janin menyerupai bentuk manusia. Bulu roma halus mula tumbuh pada kulit. Rambut, bulu kening dan bulu mata mula tumbuh pada kulit. Mata masih tertutup. Kuku mulai kelihatan. Perkembangan uri semakin perlahan manakala janin semakin membesar.

Tubuh:
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini akan ada masalah pedih ulu hati.

MINGGU KE 21

Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur diganggu. Jika berlaku, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara ini akan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

Tubuh:
Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang.

MINGGU KE 22

Bayi kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh:
Tulang rusuk bahagian bawah, mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar.

MINGGU KE 23

Bayi kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh:
Kadangkala akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang.

MINGGU KE 24

Bayi semakin lasak bergerak dan semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh:
Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak

MINGGU KE 25

Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh:
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada pundi kencing juga adalah punca kerap ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

MINGGU KE 26

Walaupun bayi kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh:
Tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring dan juga semakin kerap ke bilik air.

MINGGU KE 27

Bayi kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh:
Berat semakin bertambah. Pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah akan ditekan oleh rahim yang semakin membesar.

MINGGU KE 28

Bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh:
Darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

MINGGU KE 29.

Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh:
Berasa kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan.

MINGGU KE 30.

Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

MINGGU KE 31.

Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

MINGGU KE 32.

Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

MINGGU KE 33.

Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

MINGGU KE 34.

Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

MINGGU KE 35.

Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

MINGGU KE 36.

Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

MINGGU KE 37.

Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

MINGGU KE 38.

Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh:
Sentisa peka pada perubahan diri. Bersiap sedia, berkemungkinan saat kelahiran tiba pada bila-bila masa.

MINGGU KE 39.

Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

MINGGU KE 40.

Pada waktu ini, mungkin bayi sudah berada di dalam dakapan. sekiranya tidak ada tanda-tanda mahu melahirkan pastikan berjumpa dengan doktor. Tidak boleh menanguhkan lagi kelahiran kerana ditakuti ancaman kepada bayi dalam kandungan atau si ibu mengandung.


** Okay, kepada para-para bakal ibu yang tengah sarat mengandungkan kelahiran bayi, jaga kesihatan, jangan buat kerja berat-berat. Yang paling penting jaga kelakuan sebab anak kita dalam kandungan akan ikut cara kita, banyakkan bersabar ye... Biasalah, kalau mengandung ni, banyak sangat cabaran dan ujian yang datang. Banyakkan berzikir dan istifar. Insyallah, Allah S.W.T akan melindungi kita. Aamin..........

Thursday 11 September 2014

Ganjaran Bagi Wanita Yang Hamil. Beruntungnya Kaum Hawa......

Subhanallah, Walhamdulillah.....

Menitis air mata saya tatkala merenung hikmah di sebalik kurniaan Allah terhadap ibu yang mengandung. Beruntungnya wanita yang hamil. Begitu sayangnya Allah S.W.T dengan kaum hawa sehinggakan dikurniakan ganjaran sebegini.


  •  Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  • 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

  • Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

  • Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

  •  Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

  • Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

  • Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

  • Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Subhanallah, Walhamdulillah..Wa laa ilaaha illallahh..Wallahhu Akbarr....

Wednesday 4 June 2014

I'm pregnant!!!

Yess, post kali ni berkaitan dengan tajuk diatas. Setelah usia perkahwinan kami masuk 2 bulan 13 hari, aku disahkan mengandung 4 minggu!.
      Gila advance kan?? Rezeki Allah s.w.t, alhamdulillah dia bagi untuk kami cepat. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.
      Tak sempat honeymoon lagi, masuk gambar sebelah lelaki pun tak sempat lagi. Alahan yang melampau sekarang ni.
       Jangka nak honeymoon after raya, tapi now kalau lepas raya aku dah 4 bulan!. Tak boleh aktiviti lasak sgt. Cuci mata tengok laki sendiri bergasaklah nanti.
        Aku dapat tau aku pregnant bila aku lewat datang period. Apa lagi gigih en.suami paksa kawan kerja dia belikan pregnant test. En.suami sangat excited nih!. Haruslah gugurl kan kawan kerja dia. Esoknya dipaksa test pregnant tersebut. Hasilnyaaaa..... Taraaaa...



       Petang tu pulak terus pergi buat pregnant test sekali lagi dekat klinik. Tapi doktor tak boleh scan sebab kecik sangat. Kena tunggu sekurang-kurangnya 6 minggu atau pun 2 bulan usia kandungan.
       2, 3 hari selepas itu, aku boleh lagi melantak nasi dengan banyakkanya. Bila masuk hari ke 4 dan seterusnya aku tak boleh jamah nasi langsung. Pandang pun tak boleh, apatah lagi bau! Aduhhh.. merana juga badan ni.
       Minyak masak pun buat aku nak muntah. Jiran duk masak pun kelam kabut aku tutup pintu dapur dan segala tingkap. Adoii...busuknya bau!
       Mengidam pun yang sebarangan. malam sebelum aku tau aku pregnant, aku mengidam makan nasi lemak. pukul 12 tengah malam aku bersilat dekat dapur, walaupun tak cukup bahan, aku masak juga. tekak nak sangat. Inilah hasilnya, nasi lemak togel.



        Lepas 2 hari aku teringin nak makan satay pulak. laju en. suami belikan pukul 12 tengah malam juga. hanya makan 2 cucuk, aku dah paksa en.suami habiskan. Dapat rasa sikit pun jadilah ye, baby.
        Selepas itu teringin nak makan semosa. tak cukup bahan juga. Buat inti karipap. Disebabkan aku sangat tak reti buat kulit karipap, aku balut dengan kulit popia! ahaha.. jadi 2 in 1! sekali pandang semosa, bila dah rasa macam karipap!.



        Dan hari ini aku teringin nak makan Pizza Hut! lagi sadis, bila aku dapat makan sup pizza tu aja! bau roti pizza tu buat aku mual. Makan ciput terus muntah! adoiii... serius sangat merana! Aku pandang aja pizza tu, sebab itu memang favorite aku. Sekarang semua favorite food aku dah tak boleh telan.


         Inilah hasil yang tak habis. kesian en.suami sedih je sang isteri tak dapat menelan. sorry Daddy.. tak boleh telan. Bau dia tu, tak tahan. Harap alahan ini tak berpanjangan. Tak sanggup rasanya membenci makanan kesukaan hamba ini.
         Ini baru masuk sebulan, jap lagi korang nengoklah setelah berbulan-bulan punya kerenah morning sickness ini. 
         Tapi dinasihatan sekiranya rasa nak muntah atau perut kosong tak tahu nak telan apa, makanlah buah kurma atau kismis. Dia beri tenaga sedikit. seperti aku, aku amalkan buah epal hijau sebab rasanya dapat mengurangkan rasa loya dan tenaga aku makan kismis. Selamat mencuba!